Siakap Keli

Rasa Telinga Macam Kena ‘Block’ Ketika Selesema Teruk? Doktor Ini Kongsi Cara Untuk Merawatnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernahkah anda rasa telinga rasa tertutup dan ‘block’ ketika anda juga sedang alami masalah selesema yang teruk? Sudah cuba macam-macam cara untuk atasi, tapi masih tidak berkurang.

Pastinya situasi ini akan membuatkan anda menjadi tidak selesa sehinga boleh menjejaskan rutin harian.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi tips atau kaedah merawat diri sekiranya situasi ini berlaku kepada anda yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Google

1. Guna nasal spray.

Doktor akan beri ubat spray pada hidung bersesuaian dengan pesakit. Ia dapat mengawal masalah hidung dan juga masalah telinga.

2. Ubat mengawal selesema

Ada beberapa jenis ubat. Biasanya jenis antihistamin, bertujuan mengurangkan gejala pada hidung. Anda akan dapati pendengaran anda akan pulih beberapa hari selepas itu.

Nasal douching
Sumber: Google

3. Nasal douching

Ini seperti ubat garam. Alkaline atau sodium bicarbonate nasal douching akan diberi oleh doktor untuk membersihkan rongga hidung sehingga ke bahagian nasofarinks. Cecair lendir dan mukus yang berkurang dapat juga membantu atasi masalah pendengaran anda.

4. Wap suam/ panas

Di hospital, doktor akan memberi ubat seperti menthol inhalation bertujuan membantu masalah selesema dan resdung pada hidung. Sebaik masalah hidung selesai, masalah telinga juga akan berkurang.

5. Nasihat doktor

Pemeriksaan di klinik dan hospital adalah perlu. Kami perlu mencari punca sebenar masalah anda alami. Ujian seperti nasoendoscope mungkin perlu dilakukan bagi memeriksa struktur di dalam hidung selain melakukan pemeriksaan pada telinga.

Semoga perkongsian saya kali ini banyak membantu anda. Sila KONGSI kepada orang yang anda sayangi.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di