Siakap Keli

(Video) Penjelasan Kenapa Serbuk Minuman Segera Mudah Terbakar

Viral baru-baru ini satu video di mana seorang lelaki menjalankan eksperimen yang menunjukkan satu jenama produk kopi campuran di dakwa mempunyai kandungan mudah terbakar.

Di dalam video berkenaan, dengan menggunakan sebatang lilin, lelaki tersebut menabur serbuk kopi tersebut di atas api lilin dan tercetus reaksi dimana api menyala lebih besar. Manakala satu lagi serbuk minuman yang dijadikan sebagai perbandingan tidak menunjukkan reaksi yang serupa.

Kami kemudian cuba mencari jawapan kepada reaksi yang ditunjukkan hasil eksperimen tersebut yang kemudian membawa kami kepada satu video seorang lelaki Russia menjalankan eksperimen mirip di platform Youtube.

Di dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menguji serbuk gula tersebut dalam dua keadaan. Pertama adalah api dihalakan kepada longgokan serbuk gula, dimana tiada sebarang reaksi berlaku.

Manakala keadaan kedua pula dimana lelaki berkenaan menabur serbuk tepung tersebut ke arah api dan memberikan reaksi. Persoalannya, kenapa boleh wujud dua reaksi sedangkan menggunakan serbuk gula yang sama?

Oksigen. Ya, jawapannya adalah oksigen. Seperti yang kita tahu, semua bahan organik adalah mudah terbakar dan gula juga adalah salah satu sebatian organik.

Apabila serbuk gula ini dihemburkan ke udara, partikel-partikel serbuk gula tersebut bercampur dengan oksigen dan oksigen sememangnya mudah terbakar. Dicampur lagi dengan gula yang bersifat organik dan juga mudah terbakar. Sebab itulah, jika anda menjalankan ujikaji dengan cara menyembur serbuk gula ke arah api, ia lebih mudah terbakar berbanding cuba menyalakan serbuk gula yang diletakkan di atas meja.

Satu lagi maklumat yang kami dapat kongsikan adalah semakin halus partikel serbuk gula itu, semakin mudah ia memberi reaksi terhadap api. Menurut Jabatan Perlindungan Bahaya Api Amerika Syarikat, saiz partikel serbuk gula tersebut adalah 420 mikron, bunyinya mungkin kecil tapi sebanarnya saiz partikel ini lebih besar daripada purata saiz butiran garam meja.

Jadi, itulah serba sedikit maklumat yang kami dapat kongsikan dengan anda berkaitan persoalan di atas.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=tcg9_ZCiIg8]

 

Sumber : How Stuff Work 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.