Siakap Keli

(Video) Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter ‘Menelan’ Bandar China

Tembok pasir setinggi 100 meter dilihat seperti ‘menelan’ seluruh bandar melalui satu rakaman video yang menakutkan.

Tembok pasir itu dilihat di Wilayah Gansu China menelan keseluruhan bandar Zhangye.

Pemandu diberi amaran untuk menjauhi kawasan jalan raya serta orang ramai dinasihati untuk tidak keluar daripada rumah dan menutup kesemua pintu dan tingkap.

Ribu pasir gergasi itu berlaku pada Ahad lalu, menurut Jabatan Meteorologi China.

Ia bergerak merentasi wilayah tersebut pada kadar laju 17 meter sesaat, menghancurkan bangunan, orang awam dan kereta dengan lapisan tebal debu serta pasir.

Pihak berkuasa bandar telah memaklumkan kepada rakyat wilayah tersebut supaya berhati-hati kerana kebakaran mungkin tercetus akibat daripada persekitaran yang kering.

Satu lagi ribut pasir kini dijangka melanda Beijing dari barat laut, menurut agensi Xinhua.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra