Siakap Keli
Gambar Hiasan

‘Gastritis’ Boleh Terjadi Bila-Bila Saja Jika Tidak Mengikut Waktu Makan Dengan Betul

Gaya hidup pada masa kini didedahkan dengan pelbagai makanan yang mungkin kita kurang pasti masalah makanan tidak seimbang. Pengambilan makanan tidak seimbang dan sesuai ada kalanya akan menimbulkan masalah kembung, sendawa dan angin yang membuatkan hari-hari anda tidak selesa.

Ramai yang menyangka pengambilan buah-buahan dan makanan berasaskan tenusu adalah baik terutamanya ketika perut kosong. Malangnya, pemilihan makanan tersebut adalah salah dan tidak digalakkan untuk makan ketika perut kosong kerana ia akan menyebabkan seseorang akan mengalami gastritis atau angin dalam badan.

Tetapi jangan keliru dengan khasiat buah-buahan dan makanan tenusu, bukan tidak elok tetapi bila diambil pada waktu yang salah akan mengundang yang tidak sihat untuk tubuh badan anda.

Apabila gas dalam badan degil untuk keluar melalui sendawa atau kentut, ia boleh berkumpul di dalam perut dan usus dan inilah yang terjadinya kembung. Anda juga boleh terasa sakit perut dengan keadaan yang berbeza-beza dari sakit ringan hingga sakit memulas-mulas.

Gastritis ini mungkin berkaitan:

  • Makan makanan berlemak yang boleh melambatkan pengosongan perut dan membuatkan anda berasa terlalu kenyang.
  • Minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang berbentuk gas/bentuk gas.
  • Makan terlalu cepat, minum melalui straw, gula-gula getah yang mengakibatkan anda menelan udara terlalu banyak.
  • Jangkitan gastrousus, tersumbat atau penyakit.

Makanan yang mungkin anda tidak tahu ianya sangat bergas untuk dimakan 

1.Sayur berair : Contohnya, timun, petola, terung dan segala sayur berkacang seperti kacang panjang, buncis, taugeh dan soya.

2. Buah : Seperti cempedak, nangka, petai dan jering

3. Makanan yang diproses berkali-kali seperti bihun, mee kuning, laksa dan kueytiau

4. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, selain itu bunga kubis, asparagus dan brokolli.

5. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum dimana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar.

Elakkan makan makanan ini semasa perut kosong

1. Roti

Kandungan yis dalam makanan seperti roti dan pastri akan membuatkan perut anda berasa kurang selesa kerana penghasilan gas dan ini secara tidak langsung akan membuatkan perut anda berangin.

2. Makanan dan minuman manis

Selepas bangun dari tidur dengan perut yang kosong, sebaiknya ambil segelas air kosong terlebih dahulu kerana tubuh badan anda baru sahaja mula untuk berfungsi.

Kandungan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman akan menyebabkan pankreas anda bekerja dengan lebih kuat disebabkan peningkatan pengeluaran insulin oleh tubuh badan.

3. Yogurt dan produk tenusu

Asid hidroklorik akan terbentuk untuk bertindakbalas dan membunuh bakteria asid laktik yang dihasilkan oleh yogurt. Justeru itu, pengambilan yogurt dan produk tenusu semasa perut kosong hanya akan memberi sedikit manfaat kepada tubuh badan anda dan berkemungkinan menyebabkan gastrik.

4. Makanan pedas 

Makanan pedas atau berempah boleh meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Sistem penghadaman dan pencernaan anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya mengambil makanan yang pedas atau berempah semasa perut anda kosong.

5. Pisang

Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang tinggi kandungan magnesium. Tetapi sekiranya diambil semasa perut kosong, kandungan magnesium dalam darah anda akan meningkat dan secara tidak langsung boleh membahayakan jantung.

 

Sumber:

  1. https://www.unitypoint.org/livewell/article.aspx?id=f4ac971f-95a4-49ad-b08d-2be2467257e0
  2. https://universityhealthnews.com/daily/digestive-health/gastritis-diet-healing-the-inside-from-the-outside/
  3. https://www.medicinenet.com/gastritis/article.htm#what_is_gastritis
  4. https://www.healthline.com/health/foods-that-cause-gas#dairy

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang