Siakap Keli
Sumber: www.babycentre.co.uk

Kulit Menjadi Gatal dan Bertukar Kemerah-Merahan Mungkin Anda Penghidap Ekzema

Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila melihat anak mereka sakit. Baru-baru ini tersebar satu berita, mengenai dua beradik yang menghidap menyakit ekzema. Mungkin sebahagian daripada kita tidak tahu apa itu ekzema, tetapi bahasa mudahnya adalah penyakit kulit.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling berisiko dihinggapi penyakit ini. Antara tanda-tanda penyakit ekzema ialah kulit menjadi kemerah-merahan, kering, mengelupas, bersisik dan mengeluarkan cecair. Pesakit akan berasa sangat gatal, pedih dan mengeluarkan darah.

Ekzema berpunca daripada gaya pemakanan, keturunan dan juga persekitaran. Sekiranya ibu atau bapa menghidap penyakit ini, anak-anaknya juga berisiko untuk terkena penyakit yang sama. Tetapi jangan risau, untuk pegang atau dukung bayi yang ada penyakit ini kerana ia tidak berjangkit.

Sumber: www.everythingforeczema.com

Pesakit perlu mendapatkan rawatan dari awal supaya ia tidak merebak ke tahap yang berbahaya. Makanan yang berasaskan tenusu dan kacang serta tidak boleh selalu terdedah dengan persekitaran yang berdebu, ini akan menyebabkan keadaan enzema anda menjadi lebih teruk.

Sekiranya anda atau anak-anak mempunyai simptom-simptom seperti itu, perlu berjumpa dr dengan cepat untuk mendapatkan sebarang rawatan. Walaupun tiada ubat yang spesifik, tetapi rawatan yang dilakukan boleh menyembuh kulit kemerah-merahan akibat ekzema.

Sumber: medicalnewstodayhealthlinewebmd

 

 

 

 

 

 

marlya syafikah