Siakap Keli
Gambar : tv tropes

Noah, Sophia Antara 10 Nama Bayi Paling Popular Dalam Dunia Tahun 2018

Memilih nama anak tentunya menjadi satu pilihan yang sukar buat ibu bapa kerana pastinya setiap dari kita mahu nama yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan.

Tetapi tahukah anda terdapat nama yang menjadi trend dan pilihan ibu bapa di seluruh dunia pada tahun ini. Pasti anda terfikir, apakah nama bayi yang paling digunakan?

Melalui satu laporan yang dikeluarkan oleh BabyCenter baru-baru ini, mereka telah mendedahkan senarai nama-nama bayi paling popular yang menjadi pilihan ramai pada tahun 2018.

Difahamkan, nama bayi lelaki dan bayi perempuan selama enam tahun berturut-turut kekal di tangga pertama carta.

Nama bayi lelaki, Jackson kekal menjadi pilihan. Sementara nama bayi perempuan pula, dimonopli oleh Sophia dan tidak pernah menunjukkan tanda penurunan.

“Nama Sophia sangat dominan dan tidak menunjukkan penurunan. Ianya popular di seluruh dunia dan mudah disebut dalam apa-apa bahasa sekalipun.

“Jackson pula merupakan twist moden kepada nama klasik Jack,” kata timbalan presiden pengarang global BabyCenter.

Selepas Sophia, nama Olivia merupakan yang kedua popular untuk perempuan dan bagi lelaki pilihan nama Liam kedua popular.

Berikut merupakan senarai penuh 10 nama bayi paling popular untuk bayi lelaki.

1. Jackson

2. Liam

3. Noah

4. Aiden

5. Caden

6. Grayson

7. Lucas

8. Mason

9. Oliver

10. Elija

Berikut merupakan senarai penuh 10 nama bayi paling popular untuk bayi perempuan.

1. Sophia

2. Olivia

3. Emma

4. Ava

5. Isabella

6. Aria

7. Riley

8. Amelia

9. Mia

10. Layla

Sumber :  Daily Star.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.