Siakap Keli

Sangka Kanser Boleh Berjangkit, Guru Sisihkan Murid Dari Pelajar Lain Dan Tak Benarkan Ambil Ujian

Seorang guru sekolah rendah di tenggara China didakwa menyisihkan salah seorang anak murid dikelasnya yang menghidap kanser dengan alasan penyakit kanak-kanak itu boleh berjangkit.

Zhou, 11, berpindah ke sekolah yang terletak di Quanzhou dekat wilayah Fujian pada September lalu kerana menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser limfoma Non-Hodgkin yang dihidapinya.

Bagaimanapun, setelah berpindah ke sekolah barunya itu, Zhou mula disisihkan oleh gurunya sendiri yang mengasingkan tempat duduknya di belakang kelas selain dia dilaporkan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bahasa.

Kejadian itu diketahui selepas bapanya, Zhou Xiongying, bertanyakan kepada Zhou tentang markah peperiksaannya.

Selepas dipujuk berkali-kali, Zhou yang pada awalnya mahu menyembunyikan perkara tersebut, menjelaskan apa sebenar yang berlaku kepada bapanya sebelum Zhou Xionying menyiarkan tuduhan itu di media sosial.

“Anak saya hanya duduk di sana selama 45 minit semasa peperiksaan,” tulis Zhou Xionying di laman sosialnya.

Laporan menyatakan bahawa beberapa pelajar dipindahkan ke kelas yang lain selepas beberapa hari Zhou mendaftar di sekolah itu selain guru tersebut sering mempersoalkan kenapa dia datang ke sekolah itu meskipun dia menghidapi penyakit.

Menurut laporan dari The Beijing News, pengetua sekolah itu mengeluarkan kenyataan bahawa akan menyelesaikan masalah itu secepatnya bagi membolehkan pihak yang teraniyai mendapat keadilan.

Guru tersebut dilaporkan tidak hadir ke sekolah beberapa hari atas alasan sedang cuti sakit.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar