Siakap Keli

Syed Saddiq Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Di Dunia

Syed Saddiq, 25, Menteri Belia Dan Sukan telah disenaraikan antara 20 orang anak muda yang paling berpengaruh di dunia menerusi ‘100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government” terbitan Apolitical.’

Senarai itu memperlihatkan ratusan pencalonan daripada pakar dan organisasi terkemuka yang mengiktiraf setiap daripada mereka dalam pembikinan dasar kerajaan yang membuatkan mereka berjaya di usia muda.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Apolitical sebagai meraikan belia di bawah umur 35 tahun sebagai anak muda paling berpengaruh kepada kerajaan di serata pelusuk dunia.

Penyeneraian ini membuktikan bahawa gerakan anak muda kini semakin mendapat tempat dalam penglibatan pengurusan kerajaan.

Syed Saddiq mendapat pencalonan selepas Apolitical ‘menghidu’ usaha yang diperkenal Syed Sadiq untuk cuba menggubah usia kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Apolitical merupakan organisasi berpangkalan di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 buah negara.

Sumber: Asia co

Nur Farra