Siakap Keli

Ibu-Ibu Jangan Risau Kalau Si Kecil Anda Tak Suka Makan, Ini Menu Untuk Anak Tak Cukup Berat Badan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Makanan yang sihat dan mencukupi merupakan antara elemen penting yang berperanan dalam proses pembesaran anak-anak kerana membekalkan sumber tenaga kepada mereka selain meminum susu sahaja.

Tetapi, setiap anak memiliki ragam dan karenah yang berbeza ketika memilih makanan. Beruntunglah jika anak anda jenis yang gemar dan tidak cerewet dalam memilih makanan.

Bagi ibu-ibu yang risau kerana anak kurang gemar makan dan sangat memilih makanan, entri kali ini bawakan khas dari perkongsian Puan Yatie Eimra yang turut berpengalaman menguruskan anaknya yang mengalami masalah kurang berat badan kerana memilih makanan.

Ini adalah antara resepi yang diolah oleh beliau sendiri dengan berpandukan saranan pakar pemakanan yang mengatakan kanak-kanak lebih baik diberi makanan yang tinggi lemak, karbo dan padat nutrisi.

Selamat mencuba!

Contoh makanan yang tinggi lemak:
=============================

🔹buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
🔹ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
🔹keju
🔹kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
🔹mentega
🔹minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
🔹santan
🔹serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas. ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
🔹telur
🔹yogurt

Makanan tinggi karbo
==================
🔹beras
🔹pisang
🔹ubi (kentang, keledek, ubi bit, dll)

Saya kerap masak berasaskan makanan² ni dalam menu utama & menu snek (almaklum ler anak memang cerewet bab makan). Alhamdulillah, masalah anak kurang berat badan tak lama sangat pun & naik sikit-sikit. Syukur gak sebab sekarang ni anak dah banyak perubahan & dah tak susah makan macam dulu.

Dah agak lama baru hari ni sempat nak update resipi.. Ada beberapa menu utama & menu snek/kudapan gak. Mak² yang ada anak kurang berat badan atau cerewet/susah nak makan, boleh la cuba ye.. Semoga bermanfaat 

Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
===============

Bahan-bahan:

1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur²an pilihan (saya guna cendawan enoki, carrot & kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*

Cara-cara:

1. Buat telur hancur (scramble egg). Angkat & ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar & bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur & buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam & sayur²an jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan*, dll). Biarkan air/jusnya merenih & kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam & garam. Gaul rata dan masukkan nasi.

✳Elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳Tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma & jusnya keluar.

Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
=========================

Masa Fydh ada masalah kurang berat badan dulu, pakar pemakanan ada cakap kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dll) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik²nya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif & boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang dah direndam 24 jam).

Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan. Saya ni memang suka bertanya tip/petua, tak kiralah doktor ke, orang² tua ke.. jadiknya macam² info saya boleh dapat. Ekeke..

Bahan-bahan:

½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka & sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil butter

Cara-cara:

1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis & buangkan buih² yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar² lembut.
5. Masukkan santan pekat & butter. Kacau & lenyek²kan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.

👉 BAYI 8 BULAN++

🔹Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
🔹Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) & campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
🔹 Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup & simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).

👉 ANAK 1 TAHUN++

🔹Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti & bakar dalam pan. Buat macam ni bukan setakat anak, 1 famili pun boleh makan (jika buat untuk 1 famili makan – pastikan asingkan sikit untuk anak, selebihnya bolehlah tambahkan secubit garam & sedikit gula)

Cara-cara:

1. Lenyekkan roti
2. Sapukan kacang hijau
3. Gulung & potongkan roti kecil²
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat)
5. Bakar & balik²kan roti hingga garing sedikit.

fungsi cuka tu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.

Ayam Masak Merah Bersantan versi Anak² (dari 1tahun++)

Untuk resipi ayam masak merah bersantan versi anak-anak ni saya gunakan capsicum ganti penggunaan cili kisar. Capsicum merah diblend untuk pekatkan kuah & sebagai penyedap rasa gak.. Takde lah rasa sos tomato semata.. Capsicum pun rasa macam cili jugak, cuma tak pedas (almaklum ler cili sebenarnya anak beranak/genus capsicum jugak). Boleh je kalau tak nak letak pun. Yang masak ni pun ikut bahan yang ade je.

Bahan-bahan:

¼ ekor ayam – lumur garam & kunyit
½ biji bawang holland –dipotong bulat
1 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 sudu besar sos tomato
1 batang serai (diketuk)
Air secukupnya
Sedikit santan pekat
4-5 biji tomato ceri untuk hiasan (saya guna carrot & capsicum je)
Garam/gula secukup rasa*

Bahan-bahan kisar halus:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
¼ – ½ biji capsicum (saya blend ¼, untuk hiasan ¼)* optional

Cara-cara:

1. Ayam digoreng separuh masak. Angkat & ketepikan.
2. Tumis bahan hirisan hingga layu. Masukkan bahan kisar, bunga lawang, kayu manis. Tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos tomato. Tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
5. Tambah sedikit air untuk kuah. Masukkan santan.
6. Masukkan buah tomato. Perasakan garam gulanya. Masak hingga pecah minyak.

✳Elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
✳Boleh juga gantikan sos tomato dengan puri tomato atau buah tomato yang diblend bersama bawang (tapi effect sikit warna & rasa masakan)

Agar² Santan & Keju (dari 8 bulan++)

Bahan-bahan:

1 cawan agar² tali (dipotong pendek & disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar😂)

Cara-cara:

1. Renihkan agar² dalam air hingga larut
2. Masukkan susu, santan & keju.
3. Kacau hingga keju cair & air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas & sejukkan.

Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar² tali & air/susu/santan

Agar-agar ni rasanya lemak-lemak masin (dari santan & keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.

Sirap/manisan kurma

Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air

Cara-cara:

1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) & diblend halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan & agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.

bila anak dah 2 tahun++, saya gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap & kami 1 family pun suka.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Yatie Eimra

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar