Siakap Keli
Tiga bangunan komersial yang djadikan 'homestay' oleh pasangan rakyat Malaysia - Assawin Pakkawan/Bangkok Post

Pasangan Rakyat Malaysia Ditahan, Operasi ‘Homestay’ Haram’ Di Hat Yai

Pasangan rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Songkhla kerana menjalankan perniagaan ‘homestay’ secara haram di wilayah Hat Yai.

Ketua Imigresen Songkhla, Kolonel Chutharet Yingyongdamrongsakul, pada khamis lalu telah melakukan serbuan di tiga bangunan komersial yang terletak di Jalan Punnakan, kawasan Khohong.

Serbuan itu dijalankan susulan maklumat yang diterima bahawa terdapat warga Malaysia telah menyediakan perkhidmtan ‘homestay’ yang tidak sah malah turut mengiklankan bilik yang ditawarkan secara atas talian untuk pelancong terutamanya dari negara jiran Malaysia dan Singapura.

Pengusaha berkenaan, Then Hiang Leong, 57 dan isterinya, Heng Shop Houi, 53 telah ditahan selepas pegawai penguatkuasa telah mengesahkan bahawa bangunan tiga tingkat tersbeut tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai hotel atau perkhidmatan penginapan.

Bilik yang terdapat di ‘homestay’ berkenaan juga telah dihias seperti bilik hotel. Setiap unit bangunan mampunyai tiga bilik di mana bayaran sebanyak 2,600 dan 2,860 baht sehari dikenakan.

Polis imigresen berkata, pemeriksaan ke atas pasangan tersebut turut menunjukkan mereka memasuki negara itu menggunakan visa pelancong dan tidak mempunyai permit bekerja.

Mereka telah didakwa atas kesalahan bekerja tanpa kebenaran dan akan dihantar pulang ke Malaysia.

Sumber ; Bangkok Post

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.