Siakap Keli
Gambar ; CNA

Pecahkan Pagar Kawalan, 90 Banduan Berjaya Melarikan Diri Di Banda Acheh

Seramai 90 orang banduan sebuah penjara di Banda Aceh, Indonesia berjaya melarikan diri selepas memecahkan pagar kawalan, menurut satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam kejadian pada malam khamis itu, terdapat beberapa banduan yang berjaya ditangkap semula namun selebihnya berjaya meloloskan diri.

‘Terdapat 276 banduan ketika itu, 113 dari mereka melarikan diri, namun 23 banduan berjaya ditangkap semula, manakala selebihnya masih bebas,’‘ kata jurucakap Kementerian Keadilan Indonesia, Ade Kusmanto.

Jelas beliau, semasa kejadian kesemua banduan keluar dari sel untuk solat jemaah, tetapi ada yang mengambil peluang dalam situasi itu untuk melarikan diri dengan merosakkan pagar penjara menggunakan ‘barbell’.

Gambar ; CNA

Pihak polis telah melancarkan operasi menjejaki banduan dan kawalan keselamatan juga telah diperketat supaya kejadian sama tidak berulang.

Sumber ; CNA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.