Siakap Keli

Pilih Hotel Berkonsep Istana India Sebagai Lokasi Majlis, Pelakon Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Berkahwin Hujung Minggu Ini

Memilih hotel Taj Palace yang berkonsepkan istana India sebagai lokasi majlis, pelakon terkenal Bollywood Priyanka Chopra bakal berkahwin dengan tunang pilihan hatinya, Nick Jonas pada hujung minggu ini.

Pasangan sejoli ini dilihat tiba di bandar Jodhpur bersama keluarga dan rakan lain bagi membuat beberapa persiapan sebelum menjelang perkahwinan gilang-gemilang pada Ahad akan datang.

Sama seperti pasangan Deepika Padukone dan Ranveer Singh, Priyanka, 36 bersama Nick, 26 juga akan melangsungkan majlis pernikahan sebanyak dua kali mengikut adat mereka masing-masing dimana pada pagi Ahad, pasangan ini akan membaca janji perkahwinan mereka dan melangsungkan upacara pernikahan Hindu pada waktu siangnya.

Turut hadir dengan mereka, adik kepada Nick yang juga merupakan antara ahli kumpulan The Jonas iaitu Joe Jonas bersama tunangnya, Sophie Turner yang juga merupakan pelakon Games Of Thrones.

Digelar dan dijangkakan bakal menjadi acara perkahwinan yang gilang-gemilang, majlis perkahwinan aktres dan penyanyi ini sangat ditunggui oleh kesemua peminat dan rakyat India terutamanya.

Priyanka Chopra merupakan pemenang pertandingan Miss World 2000 yang sangat berbakat dalam bidang lakonan di Bollywood dan juga negara barat.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu dengan berkonsepkan tradisional India.

Sumber: Hindustan Times

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar