Siakap Keli

Prihatin Polis Bertugas 24 Jam Di Kuil Tak Cukup Makan, Peniaga Taja Makanan Tengahari Dan Malam

Insiden kekecohan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman beberapa hari lalu menuntut pihak berkuasa untuk sedia bersiaga demi untuk menjaga keselamatan serta memastikan keadaan sekeliling dalam keadaan aman.

Sejak kejadian berlaku pada Isnin lalu, pihak polis sehingga kini masih menjaga kawasan setempat untuk mengelakkan perkara tak diingini berlak.

Susulan itu, Adun Subang Jaya, Michelle Ng dalam satu posting media sosial miliknya memuat naik gambar seorang peniaga restoran di USJ 17 dengan rela hati membekalkan makanan kepada setiap pihak polis yang bertugas menjaga kuil tersebut.

Menurut beliau, peniaga tersebut bimbang keadaan polis yang menjaga kawasan kuil tidak cukup makan, jadi dia menaja makan tengah hari dan makan malam untuk mereka.

Posting tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan kebaikan yang dihulurkan walaupun berbeza bangsa dan agama.

Nur Farra