Siakap Keli

(Video)Puncak Kalavantin, Kubu Paling Bahaya Dengan Anak Tangga Paling Curam

Puncak Kalavantin, ataupun nama lainnya dikenali sebagai Kubu Prabalgad terletak diantara Matheran dan Panvel di Maharashtra, India pada ketinggian 2,300 kaki.

Selain kawasan suci dimana penduduk kampung berdekatan, Kampung  Adivasi menjadikan puncak tersebut sebagai lokasi aktiviti keagamaan dijalankan. Khabar angin sebelum ini mengatakan kubu Prabalgad diatas puncak Kalavantin ini dibina sebagai penghormatan kepada seorang puteri yang dikenali sebagai Kalavantin pada 500 S.M.

Bagaimanapun, fakta sebnarnya Kubu Prabalgad ini sudah beberapa kali bertukar tangan di zaman kuno dulu seiring dengan pertukaran kerajaan-kerajaan yang memerintah salah satu wilayah di India itu.

Puncak ini pernah dimiliki oleh Empayar Islam apabila pada tahun 1458 selepas Raja Malik Ahmad, salah seorang pemerintah di Ahmednagar menawan kubu kini ketika kempen ketenteraannya. Kemudian, kerajaan Mughal menguasai wilayah ini pula sehinggalah angkatan tentera di bawah kepimpinan Shivaji menyerang dan menawan pada 1657.

Menyedari Mughal sudah tewas, wanita-wanita yang tinggal di sekitar kubu ini kemudian melakukan satu ritual tradisional yang dikenali sebagai jauhar, iaitu upacara pengorbanan diri bagi mendapatkan kematian terhormat.

Namun yang menjadi tarikkan utama berbanding sejarahnya adalah anak tangga yang perlu didaki oleh pelancong untuk menuju ke puncak kubu. Puncak Kalavantin diangkat sebagai kubu paling berbahaya bukan disebabkan kubu ini dilengkapi dengan pelbagai senjata berat, tetapi mendapat gelaran tersebut disebabkan anak tangga mautnya.

Batu-batu pada dinding puncak ini diukir menggunakan tangan sehingga membentuk anak tangga kecil, curam dan tanpa tempat pemegang. Disebabkan itulah, Puncak Kalavantin bukan tempat yang sesuai untuk anda memanjat sekiranya anda seorang yang fobia dengan tempat tinggi.

Namun begitu, jika anda seorang berani dan sukakan cabaran tempat tinggi, memanjat anak tangga di Puncak Kalavantin bukanlah satu larangan. Cumanya, anda mesti mengelak daripada mengunjungi kubu ini ketika musim hujan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=8VWcQfLxHXM] [youtube https://www.youtube.com/watch?v=NfO-JL3Jj-4]

 

Sumber : Lazer Horse

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.