Siakap Keli

Vivo Meriahkan Dunia Hiburan Tanah Air, Tampil Dengan Program Bintang Minggu Ini Di Astro Ria

Astro Ria dengan penaja rasmi jenama telefon pintar terkemuka Vivo telah menghangatkan lagi industri seni negara dengan satu lagi program iaitu Bintang Minggu Ini. Sebelum ini, Vivo yang pernah menjadi penaja dalam beberapa program realiti terbitan Astro seperti Big Stage, Akademi Fantasia dan Akademi Fantasia Megastar. Vivo mengambil kesempatan menaja program-program ini untuk menyuarakan semangat jenama Vivo.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu dalam satu kenyataan media berkata, Vivo satu jenama yang mementingkan fesyen, Teknologi dan Antarabangsa. Beliau juga berpendapat pihaknya mengikut arus ini sebagai menyuntik semangat kepada jenama Vivo itu sendiri.

“Dengan menyertai dan menaja program seperti Bintang Minggu Ini, Vivo dapat membawa semangat sendiri kepada penonton dan penggunanya untuk menyuarakan kualiti Fesyen pada jenama kita yang Teknologi & Antarabangsa ini,” katanya.

Dalam program terbaru Bintang Minggu Ini, memilih Jihan Muse sebagai pengacara dilihat satu pilihan yang tepat untuk menjadikan program ini lebih santai dan menghiburkan.

Selain Wany Hasrita, penonton turut bakal dihiburkan dengan barisan artis seperti Siti Sarah, Mark Adam, Tajul, Haqiem Rusli, Suffian Suhaimi, Syamel dan Ernie Zakri. Bagi memeriahkan suasana, penonton juga turut dihidangkan dengan kehebatan vocal Bintang Big Stage seperti Khai Bahar, Ara Johari, Siti Nordiana dan Misha Omar.

Bintang Minggu Ini akan bersiaran sebanyak lapan episod dan penonton bakal disajikan dengan persembahan menarik serta mengetahui kisah-kisah menarik penyanyi pujaan anda menerusi temubual bersama Jihan Muse. Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.

Vivo kini tampil dengan Vivo V11i pada harga RM 1099. Telefon pintar V11i ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB.

Ia juga turut dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.

Manakala kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel yang amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas. Sebuah bateri sebesar 3315mAh dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang peranti.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)