Siakap Keli
Gambar Hiasan

Walaupun Sedang Mengandung, Risiko Pertumbuhan Fibroid Tetap Ada

Fibroid juga dikenali sebagai leiomyoma, myoma, myomas rahim dan firomas, adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk pada dinding atau otot rahim. Kebanyakkan wanita yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun berisiko untuk terkena penyakit ini.

Ketumbuhan terbentuk dalam pelbagai saiz dan lokasi pada dinding rahim, contohnya mungkin ada yang fibroid bersaiz kecil seperti buah limau sanquick dan bersaiz besar seperti mengandungkan bayi. Walaupun pada awalnya ia hanya satu ketulan kecil, jangan terkejut kerana ia boleh membesar secara tiba-tiba atau perlahan-lahan.

Sumber: www.pinterest.com

Walaupun penyakit ini sering dialami oleh seseparuh wanita tetapi ia jarang sekali berlaku pada wanita yang belum datang haid. Terdapat empat jenis fibroid iaitu:

  • Intramural Fibroid- Jenis yang paling biasa dan muncul di dalam dinding atau otot uterus. Ia boleh membesar dan merengangkan rahim anda.
  • Subserosal Fibroid- sering terbentuk di luar rahim dan boleh membesar sehingga lebih besar daripada organ yang lain.
  • Pedunculated Fibroid-  Membesar secara bertangkai daripada permukaan luar rahim atau bahagian dalam rahim dan juga dari pangkal rahim
  • Submucosal Fibroid- Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan fibroid, antaranya ialah hormon dan keturunan. Sekiranya nenek dan ibu anda ada fibroid, anda juga berisiko untuk mewarisinya. Fibroid mengandungi estrogen dan progesteron, kerana itu ada kes ibu mengandung juga disahkan mempunyai ketumbuhan kerana semasa hamil pengeluaran estrogen dan progesteron akan meningkat.

Sumber: http://obgyn.ucla.edu

Tanda-tanda seperti tempoh haid yang panjang, sakit di pinggul, kerap kencing manakala gejala lain termasuk keguguran, masalah kehamilan dan juga kesuburan. Tetapi bukan semua orang akan mengalami gejala yang sama, kerana ada sebahagianya tidak mengalami sebarang tanda-tanda tetapi apabila melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci didapati, ada satu ketumbuhan pada rahim.

Penyakit ini boleh dirawat dengan melakukan pembedahan dan membuang ketumbuhan tersebut atau Gonadotropin-Releasing Hormone (GnRH) agonis, seperti leuprolide (Lupron) dapat menurunkan tahap estrogen dan progesteron menurun dan seterusnya mengecutkan fibroid.

Bagi kaum wanita diluar sana janganlah takut untuk berjumpa pakar atau mendapatkan rawatan sekiranya ada merasakan ada sesuatu benda asing dalam tubuh anda seperti fibroid. Walaupun ia dilihat seperti tidak berbahaya tetapi sekiranya ada membiarkannya terlalu lama, ia boleh membesar dan mendatangkan bahaya kepada tubuh anda dan juga rahim.

Sumber: healthlinemedicalnewstodaymyhealth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

marlya syafikah