Siakap Keli

Bekas Presiden AS, George Bush Meninggal Dunia

George Bush, Bekas Presiden Amerika Syarikat ke 41 dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 94 tahun, menurut laporan The New York Times.

Berita kematiannya diumumkan oleh jurucakap daripada Pejabat Presiden, kira-kira 7 bulan selepas isterinya, Barbara Bush meninggal dunia.

Bush sebelum ini menderita penyakit Parkinson yang memaksanya bergantung kepada kerusi roda untuk melakukan aktiviti seharian.

Anaknya, George W. Bush juga merupakan seorang Presiden Amerika Syarikat yang ke 43.

Sumber : The New York Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.