Siakap Keli

Ibu Dan Bayi Mati Selepas Doktor Mabuk Yang Melakukan C-Section

Seorang wanita berusia 22 tahun dan anak perempuannya yang baru lahir meninggal dunia selepas seorang doktor di India melakukan pembedahan Caesarean dalam keadaan mabuk.

Paresh Lakhani, yang telah bekerja di hospital itu selama 15 tahun melakukan pembedahan tersebut namun akhirnya bayi tersebut meninggal semasa kelahiran dan ibu muda itu mengalami pendarahan teruk.

Keluarga mangsa kemudian memutuskan untuk memindahkannya ke hospital swasta. Namun tidak sempat berbuat demikian, dia mati dalam perjalanan.

Ahli keluarga mangsa menuduh Lakhani mabuk ketika dia melakukan operasi itu, sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bayi berkenaan.

Oleh yang demikian, pertuduhan tersebut telah dibawa kepada pihak polis, dan setelah ujian dijalankan, ternyata polis mengesahkan bahawa doktor tersebut berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan tugasnya.

Sementara itu, postmortem pada ibu dan bayi telah diminta untuk mengetahui sama ada kematian mereka disebabkan oleh kecuaian perubatan atau faktor lain.

Sumber: ST

Nur Farra