Siakap Keli

“Sepatutnya Hari Ni Dia Pilih Baju Kahwin, Tapi Kami Berdiri Di Hari Kematiannya,” Gara-Gara Nak Kurus, Bakal Pengantin Meninggal Dunia

Seorang pengantin perempuan yang ingin kelihatan kurus di hari perkahwinannya disahkan mati akibat daripada komplikasi pembedahan pintasan gastrik yang dibuat sebelum majlis besar tersebut.

Jana Moreels memutuskan untuk menjalani pembedahan itu selepas kerap diejek dan merasa tidak selesa dengan tubuhnya.

Selepas menjalani pembedahan gastrik, Jana pulang ke rumah tetapi mengalami sakit belakang yang berlarutan.  Beberapa minggu selepas itu, Janna koma dan pegawai perubatan bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya.

“Pada malam itu dia mula sakit belakang,” kata ibunya, Christelle.

“Kerana rasa sakit itu tidak hilang dan semakin bertambah buruk, Jana tergesa-gesa ke hospital pada 8 November.”

Ujian baru mendedahkan bahawa Jana menderita embolisme paru dan infark paru, kematian seksyen paru-paru yang disebabkan oleh halangan vaskular.

“Pada 29 Jun dia akan berkahwin. Semuanya sudah diatur, dia hanya perlu memilih pakaiannya.

“Tetapi bukannya memilih pakaian perkahwinannya, kami berdiri pada hari kematiannya.”

Sumber: Mirror

Nur Farra