Siakap Keli
Foto: Changsuek

Malaysia Paksa Kami Bermain Secara Bertahan – Milovan

Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menjelaskan bahawa tiada dalam senarai perancangannya untuk datang ke Bukit Jalil dan bermain secara defensif dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam tadi.

Menurut pengendali dari Serbia itu, corak permainan Malaysia yang agresif telah memaksa anak-anak biuahnya bermain secara bertahan sepanjang 90 minit perlawanan.

“Malaysia bermain dengan sangat baik. Mereka banyak melakukan larian dan memberikan 120% di atas padang.

“Kami bukannya mahu bermain secara defensif. Tetapi Malaysia bermain dengan sangat agresif dan bermotivasi tinggi untuk menjaringkan gol.

“Disebabkan itu kami bermain secara bertahan.” katanya sejurus perlawanan.

Sebelum perlawanan, Milovan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak gentar dengan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya dan tiada masalah untuk bermain di atas padang rumput jenis ‘Cow Grass’.

Namun, beliau terpaksa menelan semula kata-katanya itu dan berpendapat bahawa suasana di Stadium Bukit Jalil yang dibanjiri lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya dan jenis rumput sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan pasukannya.

“Suasana di dalam stadium dan juga jenis rumput yang digunakan sememangnya mempengaruhi kami pada malam ini.” jelasnya dalam sidang media selepas perlawanan.

Malaysia dan Thailand terikat tanpa jaringan untuk separuh akhir pertama semalam dan pasukan Harimau Malaya akan berkunjung ke Stadium Nasional Rajamangala pada 5 Disember 2018 (Rabu). Perlawanan sengit yang berlangsung malam tadi telah menobatkan Syamer Kutty Abba sebagai ‘Man Of The Match’.

Sumber: FOX Sport Asia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di