Siakap Keli

Ada Penyakit Kulit Boleh Ke Bela Binatang Berbulu? Ini Soalan Lazim Berkaitan Masalah Kulit Dan Bela Kucing Yang Anda Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kadang-kala jika melihat orang lain membela binatang berbulu seperti kucing yang comel-comel pasti membuatkan kita geram dan teringin untuk memiliki haiwan peliharaan. Selain tingkah dan gaya mereka yang menghiburkan hati, membela binatang peliharaan ini juga boleh membuatkan hari-hari kita tidak lagi sunyi.

Tetapi, bukan semua orang memiliki peluang untuk membela haiwan peliharaan berikutan beberapa aspek seperti penyakit. Menghidapi penyakit seperti asma atau penyakit kulit terutamanya pasti menyukarkan kita.

Buat anda yang ada masalah kulit tapi teringin nak bela binatang berbulu pasti tertanya-tanya, boleh ke bela kucing kalau ada masalah kulit.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi penerangan dari Dr Khairul Faizie mengenai soalan lazim berkaitan masalah kulit dan bela kucing yang sedikit sebanyak diharap dapat membantu menjawab persoalan anda di luar sana.

Selamat membaca!

SOALAN LAZIM BERKAITAN MASALAH KULIT & BELA KUCING

1) Saya gatal gatal kulit ni. Kucing saya ada kutu. Risau jangkit kutu kucing.

JAWAPAN: 
Kutu kucing ( cat lice) di sebabkan jangkitan kutu yang bernama Felicola subrostrata. Berita baik nya, kutu kucing ialah ‘ species – specific ‘. Makna nya, kutu Felicola subrostrata ini TIDAK BOLEH menjangkiti manusia. Kutu kucing tak boleh survive pada kulit manusia. Kutu yang menjangkiti manusia tu dari species yang lain, yang di beri nama Pediculus humanus. Kutu manusia pun, tak boleh menjangkiti kucing.

So, kenapa kulit saya gatal2 doc?
Haaa…ada lah masalah lain…tapi bukan kau kena jangkitan kutu kucing.

2) Kucing aku ada kurap doc. Boleh ke aku dapat kurap dari beliau?

JAWAPAN:
Boleh. So kalau kau bela kucing kurap, hati hati masa handle kucing.

Jangkitan kudis Sarcoptes scabiei dari kucing ke manusia. Berbeza dengan scabies biasa pada manusia ( jangkitan human to human), sacbies kucing pada manusia ruam nya agak timbul macam gigitan nyamuk

3) Anak saya ada kudis ni. Saya syak mungkin jangkit dari kucing yang kami bela.

JAWAPAN:
Memang kudis pada kucing, boleh menjagkiti manusia. Tetapi, kena faham bahawa kudis pada kucing adalah tersangat jarang ( rare). Kudis kucing dipanggil sarcoptic mange.

Jadinya, periksa juga kucing anda dengan doktor veterinar. Anda mungkin sangka kucing anda ada kudis / scabies, tetapi mungkin sebenarnya kucing anda ada jangkitan lain seperti kurap kucing atau jangkitan bakteria pada kulitnya. Dan kalau betul anda kena kudis / scabies, ini bermakna anda dapat jangkitan dari pihak lain ( contohnya dari asrama, ofis, tempat awam, etc).

Felicola subrostrata. Ini ialah spesis kutu yg menjangkiti kucing. Kutu kucing ini TIDAK BOLEH menjangkiti manusia

Kalau pun manusia di jangkiti kudis kucing / cat mange ini, simptom nya ada lah self limiting, iaitu sangat terhad tempoh ruam pada kulit.Akan timbul bengkak merah kecil seakan bekas nyamuk gigit. Selepas beberapa ketika, jangkitan kudis kucing akan berhenti sendiri sebab species kudis ( sarcoptes scabiei) ini tak mampu teruskan life cycle nya pada kulit manusia.

So, ini adalah 3 keadaan jangkitan KULIT pada kucing, yang mana hanya 2 daripadanya berpotensi menjangkiti manusia.

Ada lagi beberapa jangkitan pada kucing, yang boleh menjangkiti manusia…dan ia tunjuk simptom yang lain ( bukan pada kulit).
Antara nya ialah jangkitan cacing ( Roundworm ), jangkitan Toxoplasmosis ( risiko kepada ibu mengandung ), jangkitan Cat Scratch Fever ( di sebabkan oleh bakteria Bartonellis).

Sumber: Dr Khairul Faizie

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar