Siakap Keli

Burung Merpati Terbang Dengan Beg Kecil Ditembak Mati, Rupanya Bawa ‘Kiriman’ Barang Terlarang

Burung merpati adalah sejenis burung yang dijadikan haiwan peliharaan dirumah. tetapi tahukah anda bahawa burung ini juga memainkan peranan penying dalam sebuah peperangan.

Memiliki kemampuan untuk pulang ke tempat asalnya, terbang dengan laju dan tinggi, burung jenis ini digunakan sebagai penghantar pesanan dalam peperangan.

Namun, meskipun dulunya dianggap sebagai penyelamat, kini burung spesis ini juga boleh menjadi pengancam apabila mereka dilatih untuk menerbangkan bahan-bahan terlarang.

Seperti sebuah kejadian di penjara Santa Rosa, Argentina, polis dilaporkan telah menembak mati seekor burung merpati yang terbang bersama sebuah beg kecil yang melekat pada badannya.

Setelah memerhatikan tindak tanduk haiwan itu yang didapati berulang-alik ke kawasan penjara itu, polik mengambil tindakan menembak seeokor burung dan mendapati ianya membawa barang terlarang seperti ganja, pil penenang dan pemacu USB.

Kemahiran burung merpati dalam menghantar pesanan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengirim barang-barang terlarang kepasa banduan di penjara tersebut.

Selepas siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, tiga suspek yang terlibat ditahan.

Sumber: BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar