Siakap Keli

Kami Mohon Maaf Kerana Tiada Majlis Kenduri Pada Tarikh Ditetapkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasangan suami isteri yang mana tidak mahu majlis perkahwinan mereka disambut dalam suasana meriah untuk dijadikan memori di kemudian hari. Cakap sahaja soal perkahwinan sudah pasti pelbagai perkara-perkara indah yang bermain di fikiran bakal mempelai.

Namun, berbeza kisahnya dengan sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini. bebrbaki 2 hari sahaja lagi sebelum tarikh majlis persandingan Hasmi Marina binti Mohd Zahari dengan suaminyaMohd Amer Shafiq bin Shahiri, rumah mereka terlibat dalam satu insiden kebakaran yang memusnahkan rumah serta segala persiapan perkahwinan mereka.

Namun, dalam keadaan yang masih bersedih atas apa yang berlaku, pasangan pengantin ini tetap mengambil gambar dengan mengenakan busana pengantin dan mengambil beberapa keping gambar di tapak rumah mereka yang hangus terbakar itu untuk dijadikan kenangan di kemudian hari.

Menurut Hasmi, ibu beliau ketika itu diserang ‘mild heart attack’ dan sedang dirawat di hospital dan meminta semua mendoakan kesihatan ibu beliau kembali seperti sedia kala.

Assalamualaikum wbt. Kami sekeluarga memohon maaf,Tiada majlis persandingan akan diadakan pada 1 Disember 2018.

Saat menghitung hari bahagia lg 2 hari,Tuhan uji kami sekeluarga dgn kebakaran rumah “total lost” tak sampai 1 jam gubahan digubah,dlm msa 1 minit hangus dijilat api Allahuakbar. Tolong doakan mama sy yg tgh warded kna “mild heart attack” Please don’t think too much mama. In Sha Allah everything will be okey

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : “Jadilah! maka jadilah ia”. Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”
Surah Yassin : 81-83

“Hasbunallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir”
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”

Terima kasih semua yg wasap tanya khabar n minta maaf tak sempat nk reply semua.

Sumber: Asmieyz Zahariey

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)