Siakap Keli
Gambar Hiasan

Manfaat Belalang Untuk Kesihatan Manusia, Ramai Yang Tidak Tahu

Kebelakangan ini penjualan serangga semakin berleluasa bahkan ada segelintir individu yang berjinak-jinak penjualannya melalui atas talian. Ada banyak persoalan yang mengelirukan semua orang tentang halal haram memakan species ini.

Rakyat di Malaysia, kita mempunyai banyak makanan sihat yang lain selain serangga yang bernama belalang ini. Jadi, tiada isu untuk pertikaikan kesahihannya. Namun, lain pula di negara-negara kurang sumber makanan, altenatif untuk sara hidup adalah memakan belalakng ini.

Bagi negara timur seperti Afrika Selatan dan Kenyamenjadi sumber makanan harian mereka kerana di situ menjadi tempat pembiakan serangga lebih dari 1900 spesies termasuklah belalang, ulat, kumbang dan semut.

Serangga membiak dengan cepat dan mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi. Serangga boleh mencapai tahap kematangan dalam tempoh kurang tempoh dari sebulan. kebanyakan serangga mengambil masa dalam kurang tiga minggu untuk menghabiskan kitaran hidup mereka. Kehidupannya pada musim panas dan musim luruh dan hilang pada musim sejuk.

Di sini ada beberapa manfaat yang boleh dikongsikan kepada anda semua.

1 . Sumber alternatif makanan tambahan

Secara sihatnya serangga boleh menjadi sumber alternatif protein dan nutrien secara berkekalan dalam jangka yang lama. Ia juga kaya dengan asid aminodan protein yang penting badan manusia. Sebagai contoh, belalang menghasilkan kandungan protein yang tertinggi.

2. Lebih baik untuk alam sekitar

Pertanian dan ternakan adalah sumber utama pengeluran gas rumah hijau. Tidak seperti serangga seperti belelang ini hanya mengeluarkan gas rumah hijau yang jauh lebih sedikit dari yang lain.

3. Sumber kewangan

Bagi usahawan yang berfikir luar kotak, mereka akan menggunakan serangga ini sebagai sumber pendapatan. Di Afrika sudah berjuta-juta orang memakan serangga seperti ini, jadi apa yang anda tunggu lagi, perniagaan baru boleh dibangunkan. Tidak hanya di Afrika, sebelah Asia juga ada segelintir individu atau kaum yang memakannya seperti di Indonesia dan Papua New Guinea.  Serangga ini mungkin boleh diproses dan menjafi serbuk untuk protein makanan tambahan.

 

4. Sumber makan

Sebahagian besar masyarakat di Malaysia mungkin tidak pernah merasainya, namun berbeza dengan rakyat di negara lain yang kurang sumber makanan harian dan terpaksa untuk memakan serangga ini sebagai sumber makanan ruji.  Pada masa kini tidak ada undang-undang yang mengawal hal ini.

 

Sumber:

  1. https://theconversation.com/how-insects-can-help-fight-hunger-in-the-world-104951
  2. http://jabar.tribunnews.com/2015/10/08/sering-dianggap-remeh-ternyata-ini-manfaat-belalang-jika-dimakan-manusia?page=2
  3. https://healthmedicare.wordpress.com/2011/01/11/benefit-of-grasshopper/

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang