Siakap Keli

Percaya Atau Tidak, Suami Pun Perlukan ‘Me Time’, Baca Penjelasan Dari Lelaki Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu kita dengar kan bahawa seorang isteri atau ibu memerlukan masa bersendirian ataupun lebih dikenali dengan ‘Me-Time’ selepas penat lelah bekerja dan menjaga keluarga.

‘Me-Time’ kebiasaannya digunakan oleh seseorang individu itu untuk melakukan aktiviti yang disukainya sendiri  seperti berehat, bercuti, berjalan- jalan dan sebagainya untuk melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran.

Menurut perkongsian dari saudara Mohd Fhais di laman Facebooknya, sebenarnya golongan suami pun turut memerlukan ‘Me-Time’ mereka sendiri.

Betul ke?

Nak tahu lebih lanjut, mari ikuti penjelasnya dengan lebih lanjut.

Selamat membaca!

Gambar hiasan

Suami Pun Perlukan ‘Me-Time’

Bukan isteri sahaja perlukan tapi suami pun perlukan Me-Time. Sebab suami pun manusia biasa juga yang ada rasa penat, rasa stres dan rasa depres.

Malah ada suami yang LEBIH MEMERLUKAN ME-TIME daripada isteri.

Tugas mencari rezeki sekarang sangat mencabar. Ada yang terpaksa buat 2-3 kerja sehari semata-mata nak mencukupkan keperluan anak dan isteri.

8-5 petang kerja di pejabat, belah malam pula ada yang jual burger, jual otak-otak, jual baju di pasar malam, jual minyak wangi, malah ada yang hari minggu pun tak berehat, buat fotoshoot wedding.

Bateri orang lelaki pun kalau tak recharge boleh kong juga !

Gambar hiasan

Memang dari segi emosi orang lelaki ni susah nak nampak expresi penat tu sebab mereka tak suka tayang emosi dekat orang lain. Tak macho lah kalau tayang.

Walaupun begitu percayalah mental dan kudrat mereka dah layu sangat nyawa-nyawa ikan je. Itulah kalau anak kacau sikit pun suami cepat meradang, cepat marah-marah.

Bukan sebab bengis, tapi bateri dah kong..

Me-Time bukan sebab pentingkan diri.

Me-Time bukan sebab nak lepas tangan urusan rumah.

Me-Time bukan sebab nak suka-suka enjoy macam orang bujang.

Gambar hiasan

Tapi Me-Time perlu untuk suami recharge balik emosi, mental dan tenaga supaya mereka boleh kekal waras dan kekal bertanggungjawab.

Kalau isteri adalah pengurus keluarga maka suami adalah director keluarga yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.Kerja kerja juga, kesihatan wajib di jaga.

p/s : Kongsikan pada suami korang tanda sokongan dan memahami kerja keras mereka mencari rezeki.

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar