Siakap Keli
Foto: BERNAMA

PLKN Dimansuhkan, 2,100 Kakitangan Kontrak Tetap Terbela

Nasib 2,100 kakitangan kontrak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  tetap terbela meskipun kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan program itu sejak Ogos lalu.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kementeriannya sedang dalam  usaha membantu kakitangan itu mendapat pekerjaan sama ada dalam kerajaan mahupun di sektor swasta.

“Kita memberi fokus membantu pegawai kontrak sedia ada dengan mencari tempat pekerjaan untuk mereka selain ‘soft landing’ diadakan dari bulan enam hingga bulan 12 dan sambil itu gaji tetap dibayar.

“Mungkin kita akan pertimbangkan untuk menyerap mereka ke program yang akan dilaksanakan  kementerian seperti Program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) yang akan diadakan tahun depan. Mungkin kita tidak  boleh nak ambil (serap) semuanya (kakitangan), tetapi kita akan cuba membantu sebaik mungkin,” katanya  pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Mohamad Imran Abd Hamid yang ingin tahu pendekatan  yang diambil kerajaan bagi membela nasib kakitangan PLKN.

Syed Saddiq berkata kementerian itu menerusi ketua setiausahanya turut mengadakan  perjumpaan bersama kakitangan kontrak PLKN pada minggu lalu bagi menerangkan hala tuju masa depan yang akan dilaksanakan kementeriannya.

— BERNAMA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)