Siakap Keli

Pedang ‘Lightsaber’ Filem Star Wars Dilelong, Jangka Cecah RM800 Ribu

Pedang ikonik ‘lightsaber’ daripada filem Star Wars akan dilelong minggu depan dan dijangka mencecah $200 ribu (RM800 ribu).

Ligtsaber pernah digunakan menerusi filem Star Wars: A New Hope oleh Mark Hamill yang direka oleh pereka set pemenang Oscar, Roger Christian.

Filem fiksyen, Star Wars telah menghasilkan kutipan tayangan bilion dolar di seluruh dunia turut menampilkan pakaian serta prop yang sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga hari ini.

Selain pedang bercahaya, Light Saber, sebanyak 25 prop dari filem itu turut akan dilelong semasa acara lelongan Profiles in History Hollywood dari 11 hingga 14 Disember, Los Angeles, Nevada, Amerika Syarikat.

Sumber: Profiles in History

Nur Farra