Siakap Keli

Ryan, Kanak-Kanak 7 Tahun Ini Miliki Pendapatan RM92 Juta Hanya Melalui YouTube

Ryan, kanak-kanak berusia 7 tahun menghasilkan pendapatan sebanyak $22 juta (RM90 juta) tahun lalu melalui akaun YouTube miliknya yang digunakan bagi mengulas mainan baru menerusi program ‘Ryan ToysReview.’

Program tersebut meraih tempat pertama tahun ini dalam senarai tahunan Forbes daripada akaun YouTube dengan pendapatan paling tinggi.

Pengacara cilik, Ryan memulakan rancangan tersebut yang dihasilkan oleh keluarganya sendiri, telah melonjak naik daripada tangga ke-8 ke tangga pertama carta tertinggi YouTube Forbes.

 

Saluran YouTube yang dikendalikan oleh keluarganya telah menjana pendapatan kira-kira RM90 juta daripada 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018, naik lebih RM45 juta daripada tahun lalu, sekaligus meletakkan Ryan ToysReview sebagai bintang komersial tahun ini mengalahkan Jake Paul dengan RM2 juta.

Program tersebut dicipta sejak 2015 dan mula tular sejak Ryan mengkaji sebuah kotak yang mengandungi ratusan mainan daripada siri ‘Car’ terbitan animasi Disney.  Video tersebut telah mendapat lebih 935 juta tontonan.

Sumber: Business Insider

Nur Farra