Siakap Keli

Berang Disuruh Berhenti Merokok, Lelaki Tergamak Tikam Mati Isteri Sarat Mengandung

Seorang lelaki di Rusia atas kesalahan bunuh selepas menikam hingga maut isterinya yang sedang sarat hamil setelah dilarang merokok oleh mangsa kerana boleh membahayakan anak dalam kandungan.

Petr Murskov didakwa menikam isterinya, Olga Murskova dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di daerah selatan Rusia, Samara.

Ketika kejadian, suspek yang berusia 30 tahun itu dikatakan pulang ke rumah lewat malam dalam keadaan mabuk. Ketika itu, suspek yang sedang menghisap rokok menjadi berang selepas anak tirinya menegur perbuatan tersebut disebabkan boleh membahayakan anak yang dikandung oleh ibunya.

Petr kemudian bertindak menyerang anak tirinya itu namun berjaya dihalang oleh Olga. Namun tindakan Olga membawa padah apabila suspek dilaporkan menjadikannya sebagai sasaran untuk melepaskan kemarahan.

Selepas mengasari Olga, Petr mencapai sebilah pisau daripada dapur sebelum menikam Olga, ketika itu hamil 7 bulan sebanyak 8 kali dibahagian perut, dada dan leher.

Kejadian tersebut terbongkar selepas anak mangsa yang berada di tempat kejadian berjaya melarikan diri untuk meminta bantuan jiran-jiran.

Tidak lama kemudian, pihak polis tiba di lokasi rumah Petr dan pasukan perubatan yang memeriksa keadaan Olga mengesahkan bahawa Olga dan bayinya sudah tiada.

Ketika itu, Olga ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai yang berlumuran dengan darah.

Petr berjaya ditangkap dan berada dalam tahan pihak berkuasa selama 2 bulan untuk soal siasat. Pihak polis seperti dilaporkan oleh Dailymail mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

Suspek dan mangsa dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu. Olga bekerja sebagai pengurus kedai runcit manakala Petr adalah seorang penganggur.

Jika didapati bersalah, Petr bakal dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.