Siakap Keli
Gambar Hiasan

Buah Delima Dipercayai Dapat Menguatkan Tulang Dan Memperbaiki Tisu Ibu Mengandung

Bercakap sahaja mengenai gaya hidup sihat, pasti ia akan dikaitkan dengan gaya pemakanan dan aktiviti. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara makanan wajib yang perlu diambil setiap hari, kerana mengandungi pelbagai serat, vitamin dan kurang lemak. Bukanlah daging atau ayam itu tidak diperlukan, tetapi pemakanan seharian kita perlulah seimbang dari segi karbohidrat, protein dan lemak supaya tiada masalah obesiti atau kegemukan.

Sumber: www.heart.org

Kalau kita lihat dikaca televisyen, ramai yang menggunakan buah-buahan sebagai salah satu bahan utama dalam produk kesihatan, contohnya kurma, buah tin, dan durian belanda. Sebenarnya ada lagi satu buah yang kaya dengan pelbagai khasiat iaitu buah delima. Pernahkah anda tahu, buah ini bagus untuk kesihatan kita termasuk ibu yang sedang mengandung.

Sumber: https://www.livestrong.com

Buah ini mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain, fungsinya boleh mengeluarkan radikal bebas, melindungi sel-sel daripada rosak dan boleh menguatkan daya ingatan serta dapat mengurangkan risiko daripada penyakit Alzheimer.

Selain itu, ekstrak delima ini juga dapat melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser prostat, yang biasa berlaku pada kaum lelaki. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan, minum (150ml) jus delima setiap hari selama dua minggu dapat membantu golongan yang mempunyai masalah darah tinggi.

Sumber: www.momjunction.com

Mungkin ramai yang tidak, sebenarnya buah ini mampu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, yang merupakan antara penyakit berbahaya. Buah delima memberi kesan positif kepada tubuh, meningkatkan aliran darah dan memastikan arteri tebal dan tidak diselaputi lemak yang boleh menyebabkan jantung tersumbat.

Vitamin dan nutrien tersebut dapat meningkat sistem imun serta melindungi dan mencegah tubuh daripada terkena sebarang penyakit. Bagi yang inginkan berat badan yang ideal, mereka boleh minum jus delima tanpa perlu menambah gula, kerana ia telah manis secara semula jadi. Kandungan vitamin C dapat menguatkan tulang si ibu serta membantu pembentukan tulang bayi dan  vitamin K pula berperanan mempercepatkan proses pemulihan tisu dalam badan.

Mereka yang aktif bersukan boleh mengamalkan jus delima, untuk meningkatkan kecergasan dan mengurangkan kecedaran semasa melakukan senaman. Bukan hanya membantu menurunkan darah tinggi, tetapi juga boleh menurunkan kadar gula dalam badan yang boleh menyebabkan kencing manis.

Sumber: http://www.cornwallsportspartnership.co.uk

Usia bukan menjadi pengukur untuk sakit, walaupun masih muda tetapi tetap berisiko untuk terkena pelbagai penyakit bergantung kepada gaya hidup dan juga cara pemakanan. Kesihatan seharusnya menjadi keutamaan, walau dalam apa jua keadaan, kerana badan yang sihat menjana minda yang cergas.

Sumber: medicalnewstodayhealthlinebbcgoodfood

 

marlya syafikah