Siakap Keli

Daripada 10 Juta Menurun Ke 1,500 Pengguna, Jepun Terpaksa Tamatkan Perkhidmatan ‘Pager’

Jepun telah membuat pengumuman untuk menghentikan perkhidmatan pager yang telah lama berjasa sejak ia diperkenalkan setengah abad yang lalu.

Sehingga kini, hanya 1,500 orang sahaja masih setia menggunakan pager termasuk pekerja hospital kerana peranti tersebut tidak mengeluarkan gelombang elektromagnet.

Tokyo Telemessage telah merancang untuk memulakan penggunaan radio baru berfrekuensi yang lebih efektif.

Semasa tahun pengeluarannya, pager adalah peranti yang paling banyak pengguna mencapai 10 juta di seluruh Japan.

Walau bagaimanapun, kepesatan teknologi kini telah cepat menggantikan khidmat pager sehingga memberi kesan kepada penggunanya.

Sumber: JapanTimes

Nur Farra