Siakap Keli
Gambar : Bernama

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Sempena Perhimpuan Tolak ICERD

Kota Bharu : Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada 9 Dis (Ahad) sempena perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara sehari sebelumnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan untuk  menzahirkan kecintaan kepada negara dengan mesej pentingnya keharmonian masyarakat pelbagai kaum dipelihara.

“InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.