Siakap Keli

Masa Itu Emas, Tolong Hargainya Dan Jangan Lakukan Perkara Yang Membazir Masa Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perumpamaan masa itu emas sebenarnya sudah sebati dengan diri kita. Rangkap perumpaaan ini sering kita dengari atau dilihat di mana-mana kerana masa merupakan sesuatu yang sentiasa dengan kita dan harus digunakan dengan sebaiknya.

Masa merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak ternilai yang harusnya kita aturkan dengan sebaiknya demi mengelakkan kerugian berikutan masa yang telah berlalu tidak akan berulang.

Dengan masa yang begitu singkat, banyak perkara penting yang harus kita fikirkan dan utamakan terlebih dahulu agak tidak berlaku pembaziran masa.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan dari saudara Mohd Fhais di laman Facebooknya mengenai hargai masa dan jangan lakukan perkara-perkara yang akan menghabiskan waktu anda dengan sia-sia ini.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Gambar hiasan.
Sumber: Google

Hargai Masa Kita

Kawan-kawan di dalam kesibukan kita mengejar kejayaan sering kita lupa bahawa masa yang kita ada ini sangat terhad, sangat mencemburui kita.

Sekali kita leka 2-3 jam berlalu, sekali berlalu kita dah rugi kerana masa yang berlalu tak akan dapat di cari ganti lagi

  • Jangan buang masa melayan orang yang merugikan
  • Jangan bazirkan masa dengan buat perkara yang tidak berfaedah
  • Jangan sia-siakan masa dengan bercakap tanpa tindakan
Gambar hiasan. Sumber: Google
  • Jangan abaikan masa yang ada sekarang ni dengan sesuatu yang tak pasti di masa hadapan
  • Jangan berharap masa boleh di ulang kembali kerana seminit pun kita tak boleh putar balik masa
  • Jangan bagi masa kita pada orang yang tak penting
  • Jangan kurangkan masa untuk bersama anak-anak kerana sekejap je mereka akan besar

Duit yang hilang boleh di cari ganti tapi masa yang hilang walau seminit boleh buat kita menyesal seumur hidup kerana mensia-siakannya..

Hargai masa yang ada supaya setiap masa kita di hargai semua orang.

Sumber: Mohd Fhais

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di