Siakap Keli

Tergantung 150 Kaki Di Udara, ‘Santa In The Sky’ Berikan Pengalaman Makan Malam Penuh Keajaiban Dengan Pemandangan Ibu Kota

Santa Claus dah sampai Malaysia! Selepas bertahun-tahun menikmati makan malam bersama Santa di atas kayangan di Belgium, kali ini Santa dan rusa-rusanya diterbangkan khas ke Kuala Lumpur menjadikannya negara kedua dan pertama di Asia!

Daripada 30 November hingga 31 Januari 2019, korang boleh rasai dan nikmat pengalaman makan malam berada di awan biru menjanjikan pemandangan indah, ibu kota Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang gah bekerlipan waktu malam!

Pengalaman makan malam pada ketinggian 150 kaki di udara memang memberikan pemandangan yang sangat menakjubkan!

Hidangan yang disediakan oleh chef terkenal, Jeff Ramsey seperti melengkapi malam yang penuh menakjubkan dengan hidangan ala fusion western dan Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman paling epik sempena sambutan Christmas December ini dengan Santa In The Sky Kuala Lumpur!

Harga bermula daripada RM499 seorang mengikut kategori.  Untuk menempah, layari www.dinnerinthesky.com.my atau pun boleh terus ke kaunter utama The Sky di Skyland, Bukit Bintang selepas jam 4 petang kecuali pada hari Isnin.

Nur Farra