Siakap Keli
Gambar : WENY/ Meadville Tribune Obituaries/Mirror UK

Wanita Berat 136Kg Bunuh Kekasihnya Dengan Duduk Atas Lelaki Itu Hingga Mati

Seorang wanita yang mempunyai berat badan 300 poun atau 136 kilogram telah mengaku membunuh teman lelakinya dengan duduk di atas mangsa sehingga dia lemas.

Windi Thomas, 44, mengaku bersalah melakukan pembunuhan ke atas Keeno Buttle, juga 44 tahun pada isnin lalu dan bakal dikenakan hukuman penjara selama 18 hingga 36 tahun.

Menurut laporan, Thomas, dari Pennsylvania, telah menikam Butler di tangannya dan kemudian memukul lelaki itu menggunakan kaki meja selepas mereka minum pada satu malam dalam kejadian di bulan Mac, tahun ini.

Walaubagaimanapun, peguamnya berkeras bahawa pembunuhan itu tidak disengajakan dan berkata, Thomas hanya membunuh Butler yang mempunyai berat 120 pound atau 54 kilogram, selepas dia jatuh di atas badan mangsa semasa mabuk.

Tetapi pihak pendakwa memberi perhatian terhadap bagaimana dia juga telah memukul dan menikam mangsa sebelum itu.

Selepas kematian Butler, bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibatĀ ‘kekurangan pernafasan sekunder sehingga menimbulkan trauma kekerasan ke leher dan pemampatan toraks, dan diburukkan lagi dengan trauma kekerasan tumpul ke kepala’.

Thomas juga dilaporkan menghubungi 911 selepas melakukan perbuatan tersebut dan menjerit ‘saya bunuh teman lelaki saya’.

Polis yang bergegas tiba di tempat kejadian menemui kaki meja yang dipenuhi dengan darah.

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.