Siakap Keli
Gambar : Daily Mail UK/Weibo/Asia One

Tuah ‘Bayi Keretapi Bawah Tanah’, Dapat Pas Percuma Seumur Hidup

Tuah seorang bayi apabila mendapat ‘pas keretapi bawah tanah percuma seumur hidup’ apabila dia menjadi ‘bayi keretapi bawah tanah’ pertama yang dilahirkan di platform itu dalam kejadian Selasa lalu, lapor Fuzhou Metro.

Ibunya menunjukkan tanda-tanda kelahiran sekitar jam 11 pagi di Stesen Nanmendou di Fuzhou, wilayah Fujian, ketika sedang menunggu tren. Ahli keluarganya terus segera menghubungi ambulans.

Sementara menunggu kehadiran paramedik, kakitangan stesen itu berusaha membantu dengan menyediakan wad sementara. Mereka menggunakan tirai besar dengan memasangnya mengelilingi bangku dan sistem pembesar suara stesen untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Gambar : Daily Mail UK

Sejurus pasukan paramedik tiba, mereka mengambil keputusan untuk membantu wanita tersebut melahirkan anaknya di stesen keretapi bawah tanah itu kerana mendapati air ketuban wanita itu telah pecah dan kepala bayi juga sudah terkeluar.

Dengan bantuan dua kakitangan stesen keretapi bawah tanah, proses kelahiran dilakukan di dalam wad sementara. Pada masa yang sama, kakitangan yang lain juga turut membantu mengalihkan perhatian penumpang.

Gambar : Daily Mail UK

Proses kelahiran secara keseluruhan berjalan dengan lancar dan wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat di mana ia merupakan bayi keduanya pada jam 12 tengahari. Kedua-dua mereka dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber : Asia One

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di