Siakap Keli

Warna Rambut Dengan Pewarna Yang Dibeli Di Kedai Runcit, Wanita Ini Hampir Maut Kepala Membengkak Dua Kali Ganda

Seorang wanita mendakwa bahawa dia hampir mati kerana reaksi alergi terhadap pewarna rambut menyebabkan dia sukar untuk bernafas selepas kepalanya membesar dua kali ganda.

Estelle, 19, pelajar jurusan bahasa Inggeris dari Paris, berkongsi hasil yang mengerikan dari pewarna rambut dengan memuat naik beberapa gambar di laman sosialnya

Alahan pelik yang dialaminya disebabkan oleh kimia PPD (Paraphenylenediamin) yang kerap dijumpai dalam produk kecantikan.

Estelle membeli pewarna rambut tersebut di kawasan berdekatan perumahannya sebelum memakai pewarna itu mengikut arahan yang telah ditetapkan pada kotaknya.

Bagaimanapun, setelah menyedari kulit kepalanya berasa agak tidak selesa, dia segera membasuh warna tersebut meskipun arahan menetapkan untuk membiarkannya  selama 48 jam.

Cemas melihat kulit kepalanya yang semakin membengkak, Estelle segera mengambil ubat anthistamin yang dibenarkan sebelum menyedari ukuran kepalanya semakin bertambah pada keesokan harinya.

“Saya tidak dapat bernafas dengan betul dan kepala saya seperti mentol lampu,” ujar gadis ini yang dipetik dari laporan berita tempatan.

Dia segera dikejarkan ke hospital dan diberikan suntikan adrenalin selepas lidahnya turut membengkak kesan dari alahan terhadap bahan kimia itu.

Estelle pulih sepenuhnya beberapa hari kemudian meskipun masih terdapat kesan-kesan bengkak pada dahinya dan dia mengakui kesilapannya yang berani mencuba produk yang tidak terjamin keselamatannya.

“Saya hampir mati dan saya tidak mahu perkara ini berlaku terhadap orang lain. 

Produk pewarna mengandungi pelbagai bahan kimia tetapi PPD adalah penyebab utama tindak balas alergi yang berlaku kepada Estelle. 

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar