Siakap Keli

(Video) Nelayan Tak Sangka Rezeki Terpijak, Dapat Hadiah Wang Tunai RM50,000 Lepas Isi Minyak

Rasanya ramai yang dah tahu baru-baru ini, seorang nelayan dapat ‘durian runtuh’ wang tunai bernilai RM50,000 dalam kempen Mesra Bonanza 2018, sebab selalu isi petrol di stesen PETRONAS sebelum pergi mencari rezeki di laut.  Bertuahnya!

PETRONAS telah pun melancarkan kempen Mesra Bonanza ni dengan memberi hadiah kepada pelanggan dengan hadiah luar biasa setiap bulan sehingga akhir tahun ini.  

Nak tahu apa hadiah-hadiahnya?

Hadiah Bulanan: Mata ganjaran Kad Mesra bernilai RM1,000, baucar membeli-belah, telefon pintar, GoPro dan Lego.

via GIPHY

Hadiah Utama 1: Skuter Yamaha, TV Pintar Samsung, pakej percutian bernilai RM20,000 dan wang tunai RM50,000.

Hadiah Utama 2: Pakej percutian ke F1 Silverstone, Abu Dhabi & Melbourne.

Tak susah pun tau nak dapatkan hadiah-hadiah ni.  Mana tahu lepas ni rezeki korang pula dapat RM50,000 tu, siapa tahu kan?

Hanya dengan berbelanja minimum RM30 dalam satu resit, samada isi minyak ataupun membeli barangan di kedai Mesra PETRONAS, dan leretkan Kad Mesra PETRONAS korang tu, cukup membuatkan korang layak memenangi hadiah bulanan seperti diatas.  Senang je kan?

Tapi, apa yang lagi best selain hadiah bulanan, mesti korang dah ‘aim’ wang tunai RM50,000 tu betul tak?

Untuk hadiah utama ni, apa yang korang perlu buat adalah berbelanja sebanyak RM500 secara terkumpul dalam masa 2 bulan berturut-turut dan jangan lupa leretkan Kad Mesra PETRONAS untuk setiap transaksi yang dibuat!

Nak lagi senang faham, korang boleh rujuk cara-cara dibawah:

Cara memenangi hadiah bulanan:

Belanja minimum RM30 dalam satu resit untuk dapatkan 10 penyertaan dan leretkan Kad Mesra korang.  Nak tambah lebih banyak kali penyertaan? Gunakan kad kredit atau debit CIMB PETRONAS untuk 30 kali penyertaan!

Cara memenangi Hadiah Utama 1:

Belanja sejumlah RM500 dalam tempoh masa 2 bulan berturut-turut dan leretkan Kad Mesra untuk setiap transaksi.

Cara memenangi Hadiah Utama 2:

Belanja sejumlah RM500 dalam tempoh masa 2 bulan berturut-turut pada PETRONAS Primax 97 dan leretkan Kad Mesra untuk setiap transaksi.

Tunggu apa lagi, kalau belum jadi ahli KAD MESRA PETRONAS, daftarlah sekarang di mana-mana stesen minyak PETRONAS dan sertai kempen MESRA BONANZA PETRONAS untuk menangi hadiah yang lumayan sekarang sehingga 31 Disember 2018!

Orang kata, ‘dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’, dah alang-alang jadi ahli Kad Mesra PETRONAS, biar rebut RM50,000 wang tunai terus sebelum menggigit jari.  Tak gitu?

Untuk maklumat lanjut, layaran laman web rasmi Mesra Bonanza Petronas atau ikuti @petronasbrands di Facebook, Instagram dan Twitter.

Nur Farra