Siakap Keli

(Video)Milovan Rajevac, Sumpahan Penalti Ghana Di Piala Dunia 2010 Berulang Di AFF Suzuki Bersama Thailand

Mungkin juga kebetulan tetapi fakta tidak pernah menipu.

Siapa sangka, Milovan Rajevac yang menjadi pengendali kepada Thailand semalam adalah individu yang sama menjadi jurulatih kepada pasukan kebangsaan Ghana yang tersingkir di peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 kepada Uruguay.

Kedua-dua penyingkiran tersebut berpunca daripada insiden yang sama. Pemain lawan dari pasukan yang ditentang menampan bola dengan tangan, kedua-duanya diberikan kad merah. Mendapat penalti yang mana kedua-dua penalti tersebut turut dipersia-siakan. Oh ya, kedua-dua insiden berlaku pada minit-minit akhir perlawanan.

Imbas kembali peristiwa hitam yang berlaku pada 2010 itu, Ghana ketika itu sedang melakukan asakkan bertubi-tubi ke gawang Uruguay untuk mencari gol kemenangan setelah keputusan terikat 1-1. Ghana secara tiba-tiba mendapat peluang untuk berada dihadapan selepas Dominic Adiyiah berjaya menanduk laju bola melepasi jangkaun penjaga gol.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=3axl6JVrdNs]

 

Namun entah dimana, secara tiba-tiba Suarez seorang penyerang yang kini beraksi untuk Barcelona boleh berada di atas garisan gol menjadi benteng terakhir untuk menafikan gol tersebut. Menariknya, beliau menggunakan tangan ketika itu.

Tindakannya disedari pengadil dan beliau diarahkan keluar padang selepas menerima kad merah manakala Ghana dihadiahkan penalti yang kemudian diambil oleh Asamoah Gyan. Sekali lagi, Milovan dikecewakan oleh bintangnya itu apabila sepakkan penalti yang diambil hanya sekadar menggegar palang.

Sudahnya, Ghana tewas melalui sepakkan penalti, 4-2. Suarez yang kelihatan menangis ketika diarahkan keluar padang melompat kegirangan di tepi padang. Suarez hingga kini, mungkin menjadi orang Uruguay paling dibenci penduduk Ghana.

Semalam, memori luka 8 tahun lalu kembali menghantui Milovan apabila Thailand yang dihadiahkan penalti pada minit-minit akhir perlawanan akibat bola yang terkena tangan Muhammad Syahmi Safari ketika saingan terikat 2-2. Gol, maka harapan Malaysia ke final ranap sekelip mata.

Mujurlah, ‘Hero to Zero’ Thailand, Adisak Kraisorn yang merupakan penjaring terbanyak kejohanan setakat ini gagal menyempurnakan sepakkan tersebut yang jauh melepasi palang gol sekaligus menyaksikan Malaysia berjaya mara ke final.

Ketika kegagalan di Piala Dunia sukar dilupakan, Milovan ternyata mendapat mimpi ngeri tambahan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=vMa3OmMgc5E]

 

Sumber : ESPN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.