Siakap Keli

Vivo Turunkan Harga Peranti Bermula Dari RM499 Sempena Karnival Krismas Bulan Ini

Ho! Ho! Ho! Krismas datang lebih awal tahun ini dengan kehadiran Karnival Krismas Vivo yang telah bermula sejak November lalu.

Apa yang bestnya Krismas kali ini sebab korang sekarang boleh memiliki telefon Vivo paling mahal dengan harga yang paling mantap serendah RM1,099 sahaja!

via GIPHY

Nak tahu tak telefon apa?

Kalau korang tahu ni mesti korang tak percaya! Sebab kali ini Vivo menawarkan telefon pintar Vivo V11i yang dikenali sebagai peranti peneraju masa hadapan dengan harga yang lebih mampu milik.

Selain itu, korang juga boleh memiliki telefon pintar Paparan FullView Y81i dengan harga RM499! Tak masuk akal!

Untuk korang yang tak tahu lagi, V11i membawakan skrin IPS FHD+ 6.3 inci dipacu dengan cip Helio P60, ruang storan 128GB, RAM 4Gb, sensor pengimbas cap jari dibelakang, dwi lensa belakang 16MP dan 5Mp, kamera selfie 25MP dan bateri 3315 mAh dengan sokongan pengecasan pantas dengan Engine Fast Charging.

Selain itu, Vivo V11i ni paling terkenal buat korang yang ‘kaki selfie’ kerana kehadiran kamera peranti ini dengan 25 megapixel memang best sangat, menjanjikan gambar selfie yang jelas dan yang pastinya cantik!

Untuk Vivo Y81i pula, ciri-ciri skrin yang besar dengan pandangan terbaik menjadikan peranti ini sebagai peranti pilihan peminat drama siri Korea.  Puas tengok ‘oppa’ sebab skrin besar!

Dilengkapi dengan memori 2GB RAM, storan 16GB serta lensa 5 megapixel bersama kamera belakang peranti 16 megapeixel membuatkan telefon Vivo Y81i ni istimewa dengan harga rendah yang ditawarkan.

Tak sabar nak beli satu kan? Korang boleh memiliki kedua-dua telefon pintar ini pada harga promosi di semua rangkaian rasmi Vivo Concept Stores, pengedar sah dan rakan kerjasama Vivo.

Belian dalam talian juga boleh dibuat di platform membeli-belah seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Lmall dan Vivo E-Store.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #V11i #HaloFullViewDisplay #AICamera #PerfectShot #HollyJollyWithvivo #Y81i

Nur Farra