Siakap Keli

“Mula Jual Pukul 9 Pagi, 9.08 Minit Dah Tak De,” Penyokong Bola Kecewa, Dakwa Tiket Final 1 Piala Suzuki AFF Selasa Ini Habis Tak Sampai Beberapa Minit

Final Piala Suzuki AFF 2018 Malaysia bertemu Vietnam ditetapkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini, 11 Disember 2018.

Sama seperti sebelum ini, sebanyak 40,000 keping tiket akan dijual, 20,000 dijual pada Jumaat, bermula 9 pagi dan 20,000 lagi pada hari Sabtu pada jam 9 pagi.  Sementara baki 40,000 tiket akan dijual secara fizikal bermula Ahad di lokasi penjualan yang lain.

Walau bagaimanapun, pagi ini di Facebook rasmi FAM, rata-rata netizen mendakwa bahawa tiket pada hari ini sudah habis seawal pagi.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa kecewa kerana ada yang menunggu seawal 8 pagi untuk membeli tiket yang dikatakan akan mula dijual pada jam 9 pagi.

Harga tiket bagi perlawanan Selasa ini dijual pada harga RM40 bagi tempat duduk terbuka, dan RM5 bagi tiket kanak-kanak serta satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan, RM50 untuk grandstand.

Sumber: Facebook FAM

 

Nur Farra