Siakap Keli
BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pelaksanaan Kaedah Bayaran Baharu Pinjaman PTPTN Ditangguh – Maszlee

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah bayaran balik baharu bagi pinjaman pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam catatan di laman Facebook, beliau berkata: “Mekanisme pembayaran baharu PTPTN akan ditangguhkan dahulu mengambil kira keperluan untuk diadakan sesi libat urus dengan pelbagai pemegang taruh bagi mendengar pandangan dan saranan mereka.”

PTPTN pada Rabu mengumumkan untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual (PGB) bermula Januari depan untuk peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Berdasarkan PGB, peminjam berpendapatan RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus iaitu RM40 hingga RM49.99 dan bagi yang berpendapatan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).

Peminjam berpendapatan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus iaitu RM320-RM479.99); RM6,000-RM7,999.99 (10 peratus iaitu RM600-RM799.99) dan bagi yang berpendapatan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus iaitu RM1,200 dan ke atas.

Pengumuman PTPTN itu mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuk ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak membebankan peminjam.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di