Siakap Keli

(Video) Buli Kawan Dalam Bas, Bapa Tekad Denda Anak Jalan Kaki 8KM Ke Sekolah

Seorang bapa di Ohio membuatkan anak perempuannya berjalan sejauh lima batu (8km) ke sekolah sebagai hukuman kerana membuli rakan sekolahnya.

Selepas Kirsten yang berusia 10 tahun digantung selama tiga hari daripada menaiki bas sekolah untuk kesalahannya, Matt Cox, akan sentiasa memantau dan mengekori dari belakang setiap hari dari sekolah.

Video yang tular di media sosial itu mendapat lebih 15 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Dalam klip video tersebut, anak perempuannya dilihat berjalan bersama ditepi jalan raya, membawa bekalan sekolah dalam suhu 2C (36F).

Bapanya sementara itu merakam video tersebut mengulas isu berkaitan hal buli yang baginya harus dibendung dalam kalangan anak-anak.

“Buli tidak boleh diterima, ini cara saya cuba menghentikannya dari rumah,” katanya.

“Saya tahu ramai ibu bapa tidak bersetuju dengan cara ini dan itu tidak apa-apa.”

“Saya melakukan apa yang saya rasa betul untuk mengajar anak perempuan saya dan menghalangnya daripada membuli orang.”

Sumber: BBC

Nur Farra