Siakap Keli

(Video) Kapal Coast Guard Singapura Didakwa Buat Provokasi Terhadap Kapal Agensi Keselamatan Malaysia?

Baru-baru ini berlaku sedikit kekecohan apabila Singapura mendakwa beberapa buah bot daripada agensi keselamatan milik kerajaan Malaysia menceroboh wilayah perairannya secara berterusan sebanyak 14 kali.

Menerusi laporan BERNAMA, Menteri Pengangkutan negara republik berkenaan, Khaw Boon Wan dilaporkan telah menghantar bantahan melalui tiga TPN (Nota Pihak Ketiga).

Khaw juga dilaporkan berkata bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pencerobohan bagi melindungi kedaulatan negara jiran itu.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna twitter, Matthäus Hetzenauer yang telah berkongsi video yang didakwanya sebagai tindakan agresif daripada Pasukan Pengawal Pantai Singapura ketika menghampiri salah sebuah bot dipercayai milik agensi kesemalatan negara.

Menurutnya, tindakan penguatkuasa negara republik itu kerana mendakwa bot dipercayai milik agensi keselamatan Malaysia itu telah menceroboh wilayah negara itu. Katanya lagi, bot milik agensi Singapura itu juga dikendalikan dengan bahaya sehingga menyebabkan berlaku percikan air kepada penumpang bot milik negara ini.

Dakwa Matthäus Hetzenauer, agensi penguatkuasa Singapura itu turut bertindak menghubungi bot dipercayai milik agensi keselamatan negara dan menggelar mereka sebagai Zionis.

Ujarnya lagi, tindakkan yang diambil oleh bot agensi keselamatan Singapura itu sebagai satu tindakkan yang kurang ajar.

Apa-apa pun diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik kerana kedua-dua buah negara ini sudah hidup berjiran dalam keadaan aman damai untuk tempoh yang lama.

Sumber : Matthäus Hetzenauer

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.