Siakap Keli
Gambar : Daily Star

Penemuan Mengejutkan, Binaan Purba Ditemui Dalam Dasar Laut?

Seorang ahli konspirasi yang membuat pencarian atas talian menerusi Google Earth dalam kawasan Costa Rica terkejut apabila mendapati objek besar seakan binaan purba berada dalam dasar laut.

Individu yang hanya dikenali sebagai MrMBB333 itu menemui struktur binaan tersebut yang terletak kira-kira 6,300 kaki di bawah paras laut.

Membincangkan mengenai penemuannya itu, dia berkata, ”Saya pasti anda juga dapat melihat bahawa ia kelihatan seperti struktur purba yang besar.”

”Objek tersebut berbentuk ‘tiga dimensi’ jadi ia bukanlah kesilapan teknikal dalam peta yang berlaku,” katanya.

Dia turut mendakwa objek berkenaan juga berukuran lebih empat batu dan merupakan sesuatu yang besar di bawah dasar laut.

Video penemuan yang mengagumkan itu telah mendapat hampir  lebih 45,000 tontonan sejak ia dimuat naik, Selasa lalu.

Kebanyakan penonton turut berasa teruja dan bingung dengan penemuan tersebut.

”Ini sesuatu yang hebat, kita perlu menyiasat dengan teliti apa yang ada di dalam lautan tersebut,” tulis seorang individu.

Sumber : Daily Star

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.