Siakap Keli

(Video)Cara Lelaki Ini Didik Anaknya Kaki Buli Dipuji Netizen Dan Ditonton Lebih 19 Juta Kali

Seorang bapa di Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak perempuannya yang terlibat dalan jenayah buli.

Kirsten yang baru berusia 10 tahun diberi hukuman berjalan kaki ke sekolah sejauh 8 kilometer oleh Matt Cox, setelah dia tidak dibenarkan menaiki bas sekolah oleh pemandu untuk tempoh tiga hari atas kesalahan membuli kali kedua.

Video yang dimuat naik ke facebook dimana Kirsten menggalas beg menuju ke sekolah dalam cuaca sejuk sambil diawasi bapanya yang memandu trak di belakang telah menimbulkan komen bercampur baur oleh netizen.

Video berkenaan dimuat naik oleh Matt sendiri sudahpun ditonton lebih daripada 19 juta kali.

”Membuli adalah kesalahan yang tidak boleh diterima. Ini adalah cara saya untuk cuba mengekang anak saya daripada terlibat sejak dari rumah lagi,” kata Matt.

Menurut Matt lagi, ramai kanak-kanak seperti Kirsten merasa seolah-olah mendapat layanan istimewa apabila dijemput dengan bas setiap hari ke sekolah.

”Saya tahu, ramai ibu bapa di luar sana tidak bersetuju dengan cara saya mendidik anak ini. Tak apalah, saya cuma melakukan apa yang saya rasa betul dalam membentuk tingkah laku Kirsten,” katanya lagi.

Tambah Matt lagi, Kirsten sudahpun belajar daripada perkara tersebut. Dia sendiri yang pernah menjadi mangsa buli mengakui memahami apa yang dirasa oleh mangsa bulinya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.

”Sebagai datuk kepada anak autism yang sering menjadi mangsa buli di kawasan kejiranan dia tinggal. Saya memuji tindakkan kamu kerana tidak ramai ibu bapa yang mahu bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan anak mereka,” kata salah seorang netizen.

”Saya harap lebih ramai ibu bapa meluangkan masa dan bertanggungjawab dengan kesalahan yang dilakukan anak-anak mereka,” kata seorang netizen yang lain.

Sumber : BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.