Siakap Keli

(Video)Jom Undi Gol Cantik Syahmi Safari Untuk Menangi Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir AFF Suzuki

Malaysia bakal turun beradu dengan Vietnam di atas padang dalam format perlawanan akhir timbal balik minggu depan, untuk menentukan Juara Piala AFF Suzuki 2018.

Kejayaan Malaysia mara sehingga ke perlawanan akhir ini dibantu dengan permaianan berpasukan yang mantap serta dua jaringan daripada Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha ketika bertemu Thailand, Rabu lepas.

Kini setelah khidmat anda semua peminat bola sepak tanah air berjaya meletakkan Faiz Subri sebagai pemenang Anugerah Puskas 2017, sekali lagi kami menyeru sokongan padu anda semua untuk mengundi gol cantik hasil sepakkan padu diluar kotak penalti oleh Syahmi Safari untuk memenangi Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir.

Anda semua boleh berbuat demikian dengan melayari laman facebook rasmi kejohanan, AFF SUZUKI CUP ataupun klik disini untuk mengundi.

Antara pencabar-pencabar lain untuk memenangi anugerah ini adalah gol ala-ala tendangan kungfu pemain Filipina, Patrick Reichelt ketika bertemu Vietnam dan tandukan pemain Thailand, Thithipan Puangchan yang terbias kepada badan Irfan Zakaria.

Selain itu, gol Nguyen Quang Hai pemain vietnam yang menyudahkan peluang jarak dekat ketika bertemu Filipina turut disenaraikan.

Ayuh undi dengan segera, bawa pulang satu lagi anugerah ke tanah air. Sehinggi kini, Syahmi Safari meraih undian sebanyak 86,454 atau 69.45. Ayuh semua.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=8KcfWqe64L0]

 

Link Undi : https://www.affsuzukicup.com/2018/news/117-general/1360-vote-semi-finals-goal-of-the-round?utm_source=Facebook-Post&utm_medium=Social_Media&utm_campaign=SF_Goal_Vote

Sumber : AFF Suzuki

 

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.