Siakap Keli

Tak Sampai Satu Jam ‘Sold Out’, Tiket Perlawanan Akhir Dijual Semula Dengan Harga Lebih Tinggi

Tidak sampai beberapa jam Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan 80,000 tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam habis terjual sudah bertebaran di portal-portal jualan atas talian menjual semula tiket-tiket yang berjaya dibeli sama ada secara fizikal mahupun atas talian.

Perkara ini bagaikan sudah menjadi kelaziman dalam kancah bola sepak di Malaysia apabila ada pihak yang sanggup beratur membeli tiket dan menjual semula dengan harga yang tak masuk akal.

Peluang yang diambil untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda bagaikan menindas penyokong-penyokong lain yang gagal mendapatkan tiket tersebut di kaunter.

Diharapkan gejala seperti ini tidak berterusan berlaku dan pihak-pihak tertentu perlu menyelesaikan masalah sebegini dengan segera agar semua penyokong bola sepak mendapat layanan yang seadilnya dan tidak ditindas oleh pihak ketiga.

 

 

 

 

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)