Siakap Keli

Tergamaknya Hati Ibu Ini, Tinggal Bayi Di Luar Dalam Cuaca ‘Paras Beku’ Tanpa Seurat Benang Supaya Mati Kesejukan

Tergamak hati ibu ini apabila meninggalkan bayinya yang berusia tiga bulan tanpa seurat benang di luar balkoni dalam suhu cuaca yang sangat sejuk hanya kerana bayi itu membuatkannya geram.

Elizaveta Klimova, berasal dari Rusia dan berusia lingkungan 20-an itu tidak menghiraukan tangisan bayi itu malah turut merakam dan menghantar gambar mangsa kepada bekas suaminya, Aleksandr Potryasov, 28.

“Datang dan tengok dia untuk kali terakhir. Aku biar dia di luar balkoni kesejukan. Dia buat aku geram!” tulis Klimova kepada bekas suaminya itu.

Gambar-gambar itu kemudiannya tersebar apabila Aleksandr memuat naiknya di media sosial menunjukkan anaknya yang berada di dalam bakul menangis kesejukan.

“Saya muat naik gambar-gambar itu supaya hak penjagaan anak oleh bekas isteri ditarik semula. Selepas melihat gambar-gambar itu, saya takut perkara yang lebih teruk lagi akan dilakukannya.

”Dia mungkin akan biarkan anak saya mati kesejukan dan campak mayatnya ke jalan,” katanya.

Walaubagaimanapun, jelas Aleksandr, dia tidak dapat menjaga anak perempuannya itu kerana memberi alasan dia terlalu kuat bekerja.

Selepas gambar itu tersebar meluas, Klimova tampil mempertahankan diri dengan mendakwa bekas suami meninggalkan dia dengan bayi mereka bersendirian tanpa diberikan wang.

Menurut jiran Klimova, bekas suaminya meninggalkan Klimova sejurus bayi mereka dilahirkan dan berpindah ke bandar Volsk. Hubungan pasangan itu dilaporkan menjadi semakin teruk selepas mereka bercerai.

Polis mula menyiasat kejadian itu selepas gambar-gambar itu mula tersebar di media sosial.

Jurucakap polis berkata, “Selepas menyiasat individu yang terlibat, kami mendapati gambar itu dirakam pada bulan Oktober tahun ini. Bayi itu telah menjalani pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan kesihatannya kini berada dalam keadaan normal.

“Ibu bayi berkenaan telah didakwa kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan telah dikenakan hukuman denda,” katanya.

Difahamkan, pada bulan Oktober, suhu di Balakovo dilaporkan menurun di bawah paras beku, ketika kejadian itu berlaku.

Baca : Masa Untuk Salin Perabot Rumah, Kunjungi Stor Empire Classic Furniture Dan Nikmati Diskaun Sehingga 80 Peratus Sempena Jualan Akhir Tahun

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.