Siakap Keli
Gambar : Instagram fouziahgous

”Anda Manusia Sempurna, Doakan Saya jadi Sempurna Macam Kalian,” Luah Rasa Terkilan, Fouziah Gous Akui Masih ‘Merangkak’ Untuk Jadi Lebih Baik

Pelakon cantik tinggi lampai, Fouziah Gous yang sudah pun mengenakan hijab sejak Ogos lalu meluahkan rasa terkilan di ‘instagram story’ miliknya mengenai netizen yang menegur cara dia mengenakan tudung dan berpakaian.

Fouziah berkata, teguran seharusnya dilakukan secara privasi bukannya secara public di ruangan komen Instagram yang secara tidak langsung akan menghasut orang lain untuk turut berfikiran negatif.

“Biarlah kita jadi manusia yang sentiasa sedar kesilapan, kekurangan dan tahu tidak sempurna daripada jadi manusia yang rasa diri sempurna dan cukup baik.

“‘Aku tegur kerana Allah, aku tegur untuk kebaikan! Ya betul tapi sedarkah anda, ia menghasut fikiran orang secara tidak langsung.

“Pernah tak anda lihat ustaz atau ustazah yang komen macam anda openly di semua ig? Jarang sekali berlaku kan,” tulisnya di Instagram.

Luahan yang dibuat susulan sebuah foto yang mendapat komen negatif netizen setelah dimuat naik di laman instagram miliknya.

Terdapat netizen yang mengeluarkan kata-kata kurang sopan kerana dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang kini sudah bertudung dan bergelar hajah.

Dia yang bertindak memadam foto berkenaan mengakui masih berusaha menjadi lebih baik daripada seoarang manusia yang jauh ‘ketinggalan’.

”Kalau saya ni baik tak pakai macam ni. Dah terang-terang memang manusia yang jauh ketinggalan tetapi tetap berusaha merangkak untuk jadi lebih baik dari sebelum.

”Yang komen tu, pasti anda manusia yang sempurna, jadi doakanlah saya jadi sempurna macam kalian,” tulisnya.

Sumber : Instagram fouziahgous

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.